Simpulan Bahasa Lagi, Jom jawab

Baiklah murid-murid cikgu,hari ini cikgu akan mengajar simpulan bahasa, jika ada kelapangan sila jawab soalan di bawah. Selamat mencuba...



Latihan Simpulan Bahasa~~

Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat ___________ bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.

A jalan keluar
B jalan belakang
C jalan pintas
D jalan tengah

Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ____________ untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.

A mengambil peluang
B mengambil langkah
C mengambil berkat
D mengambil mesa

Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu _______sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.

A gelap mata
B putih mata
C rambang mata
D Rabun mata

Budak yang __________ itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.

A terang hati
B sampai hati
C cekal hati
D ada hati

Rahman merupakan ___________pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.

A tulang belakang
B keras tulang
C ringan tulang
D tulang empat kerat

Sahabat yang baik tidak patut ____________ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.

A membuka tembelang
B membuka langkah
C membuka mulut
D membuka mata

Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut ____________ nanti kita juga yang akan menyesal.

A darah gemuruh
B darah daging
C darah muda
D darah dingin

Amran berkata, "Inilah ___________ saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ."

A kata sepakat
B kata hikmat
C kata dua
D kata putus

Mat Deris begitu ____________ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.

A ada hati
B cekal hati
C kecil hati
D. rendah hati

Sejak peristiwa itu Puan Salwa ___________ untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak.

A. jauh hati
B. berat hati
C. kecil hati
D. patah hati

En.Hamidon seorang yang ___________.Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerja-pekerjanya

A. rendah diri
B. mata duitan
C. pilih kasih
D. hidung tinggi

Pemuda teksi itu tidak sanggup __________ dengan penumpangnya yang kurang sopan.

A. berhati batu
B. bertegur sapa
C. berhati perut
D. bertikam lidah
Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan__________
A. cepat tangan
B. bekas tangan
C. tangan sejuk
D.tangan terbuka

Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat
__________

A. anak tiri
B. anak emas
C. anak angkat
D. cahaya mata

Kawan-kawan sekalian, kita mestilah _________dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh, mengapa kita tak boleh?

A. ambil hati
C. iri hati
B. cekal hati
D. besar hati

Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat ____________

A. bekas tangan
B. tanda mata
C. buah hati
D. mengadu nasib

Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia _______________

A. telinga lintah
B. telinga pekak
C. pekak tuli
D. pekak badak

Sewaktu berada di komplek membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana terlalu banyak barang yang menarik.

A. gelap mata
B. rambang mata
C. pening kepala
D. rambang hati

Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zali kerana tingkahlakunya yang baik.

A. ibu angkat
B. anak emas
C. buah hati
D. ibu tiri

Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .

A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung

Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti…………….

A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit

Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... .

A. berat perut
B. berat badan
C. berat mata
D. berat sebelah

Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka………..

A. curi hati
B. curi tulang
C.curi ayam
D. curi kerja

" .......... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.

A. Dengar telinga
B. Dengan lihat
C. Pasang telinga
D. Pasang mata

Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .

A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung

Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti…………

A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit

Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... .

A. berat perut
B. berat badan
C. berat mata
D. berat sebelah

Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka …………..

A. curi hati
B. curi tulang
C.curi ayam
D. curi kerja

Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia sukamenceritakan hal orang lain

A. buah mulut
B. murah mulut
C. mulut besar
D. bawa mulut

Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi pengerusi kebajikan.

A. sepenuh hati
B. sepenuh suara
C. sebulat suara
D. sepenuh isi

Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh penduduk Kampung Berata.

A. panjang tangan
B. berat tulang
C. buah mulut
D. buah tangan

Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.

A. buah-buahan
B. buah hati
C. buah tangan
D. ringan tulang

Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.

A. panas baran
B. gila babi
C. gila pangkat
D. naik angin

Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam diconteng oleh remaja-remaja yang ………….

A.gatal tangan
B.lepas tangan
C. panjang tangan
D. buah tangan

Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.

A. panjang tangan
B. buah tangan
C. berat tangan
D. depa tangan
Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.

A. budi bahasa
B. bahasa bunga
C. budi-budian
D. mulut berbahasa

Ain berasa ................. kerana tidak dapat mejawab semua soalan peperiksaan dengan baik.

A. senang hati
B. terang hati
C. buta hati
D. susah hati

0 ulasan:

back to top