NOTA KATA HAMPIR SAMA MAKNA


Kata

 Maksud
  1. lempar
  2. campak
  3. baling
  4. buang
 
  1. membuang sesuatu jauh-jauh
  2. membuang sesuatu dengan sesuka hati sahaja
  3. melempar sesuatu dengan menghayunnya melepasi kepala
  4. membuang sesuatu dari tempatnya ke tempat lain
 
  1. bengkok
  2. condong
  3. serong
  4. bongkok
 
  1. tidak lurus; berkelok-kelok
  2. tidak sama rata letaknya; senget
  3. tidak tepat atau lurus
  4. melengkung ke depan; tidak lurus
 
  1. dekat
  2. rapat
  3. damping
  4. mesra
 
  1. tidak jauh jaraknya
  2. dekat sangat
  3. berada dekat dengan seseorang
  4. erat; karib
 
  1. menjunjung
  2. menjinjing
  3. mengelek
  4. menatang
 
  1. membawa sesuatu di atas kepala
  2. membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah
  3. mengepit sesuatu di rusuk atau di bawah ketiak
  4. membawa sesuatu di atas tapak tangan
 
  1. menjolok
  2. merodok
  3. mencucuk
  4. mencolok
 
  1. merodok sesuatu dengan galah supaya gugur
  2. menusuk sesuatu dengan senjata tajam dan lain-lain
  3. menikam atau menusuk dengan benda tajam
  4. menusuk atau mencucuk atau menimbulkan rasa meluat kerana sesuatu
 
  1. menggigit
  2. memagut
  3. menggerit
  4. mengunyah
 
  1. mencengkam atau memotong dengan gigi
  2. menggigit (ular)
  3. menggigit sedikit-sedikit dengan gigi hadapan (tikus)
  4. melumatkan makanan di dalam mulut dengan gigi sebelum menelan
 
  1. mengelap
  2. menggilap
  3. menggosok
  4. menyapu
 
  1. mengeringkan air dan lain-lain
  2. menggosok supaya berkilat
  3. menggeserkan sesuatu pada benda lain supaya berkilat
  4. membersihkan sesuatu dengan penyapu

0 ulasan:

back to top