KATA GANDA BERIRAMA

Kata Ganda Berirama

Kata ganda bersajak atau berirama ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

Contohnya:

persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum
persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang



Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian bunyi
Seluruhnya
batu-batan
anak-pinak
bolak-balik
beli-belah
calar-balar
compang-camping
bengkang-bengkok
cerai-berai
dolak-dalik
corat-coret
comot-momot
gopoh-gapah
degap-degup
gotong-royong
gunung-ganang
dentam-dentum
karut-marut
haru-biru
desas-desus
kaya-raya
huru-hara
gembar-gembur
kuih-muih
huyung-hayang
gerak-geri
pindah-randah
kacau-bilau


Komen:
Pengajaran bahasa Melayu sememangnya merupakan suatu perkara yang menarik dan kreatif. Kepelbagaian dalam berbahasa dan kata-kata yang digunakan melambangkan penutur yang peka terhadap perkembangan bahasa. Kewujudan kata-kata yang menarik dan puitis menjadikan seseorang lebih berminat dalam menggunakan bahasa dan tidak hanya berfokuskan kepada kata-kata yang menjadi kebiasaan semata-mata.

0 ulasan:

back to top