Kata nafi

 
 Menurut  Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 249) kata
nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama, Frasa
Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan
tidak.
 
Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu 
(Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, 2002 : 67). Kata nafi terdiri daripada
bukan, tidak dan jangan.
 
 Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi biasa frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi
tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 249).
 
Kata Nafi Penggunaan
bukan Menafikan kata ganti nama, frasa nama dan frasa kerja
tidak Menafikan frasa kerja dan frasa adjektif
jangan larangan.

Contoh Ayat Larangan

1.    Dia bukan murid di sekolah ini.
2.    Idah tidak pandai memasak kari ayam
3.    Jangan membuang sampah-sarap di merata tempat.
Latihan 1:
 
 

0 ulasan:

back to top