Latihan Kata Hampir Sama Makna

 Isikan tempat kosong selepas memilih perkataan yang paling sesuai daripada kurungan :




1. Pak Ali sedang _______________ lalang di belakang rumahnya.  (memotong, menebas, menggerudi, menukul)


2. Niat enam lelaki cuba merompak sebuah kedai pajak dengan ________________ dinding premis itu tidak tercapai. (memotong, menebas, menggerudi, menukul)


3. Nenek saya suka ____________________ tikar untuk kegunaan di bilik tamu. (menganyam,  membuat, mengikat, menyirat)


4. Nelayan itu ___________________ jala untuk menangkap ikan di laut dalam. (menganyam,  membuat, mengikat, menyirat)


5. Budak yang nakal itu ______________________ burung di dusun Pak Lah. (membuang, melastik, memukul)


6.  Ibu itu _____________ anaknya yang nakal itu. (membuang, melastik, memukul)


7. Pemuda itu biasanya ______________________ bola di padang pada petang hari Sabtu.  (membuang, menyepak, merejam)


8. Kapalterbang itu sukar _________________ kerana tiupan angin kuat. (berlabuh, mendarat, berhenti)


9. Apabila kapal _________________ , kargo akan dikeluarkan dari gudang dan dimuatkan ke dalam kapal menggunakan kren kapal ataupun kren dok.  (berlabuh, mendarat, berhenti)


10. Sudah beberapa kali penunggang motosikal nyaris terbabit kemalangan dengan bas yang _________________ di tengah laluan. (berlabuh, mendarat, berhenti)


11. ______________ cakera ialah acara lontaran yang juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.   (Rejam, Buang, Lempar)


12.Jangan ______________________ sampah di merata-rata tempat. (membuang, merejam, melempar, mencampak      )


13. Pelatih itu menyatakan undang-undang dan peraturan   dalam acara _________________ lembing. (Rejam, Buang, Lempar)


14. Pencuri itu telah _______________ keluar sampul   
      surat berisi wang itu dari keretanya ketika dalam 
      perjalanan pulang. (membuang, merejam, melempar,  
      mencampak)     


15. Budak itu cuba mengait kelapa di atas pokok kelapa yang tinggi _______________  . (melangit, melambung, meninggi,  menggunung)


16. Harga getah ____________________ semenjak kekurangan getah di pasaran antarabangsa. (melangit, melambung, meninggi,  menggunung)


17. Selepas banjir, sampah di kawasan itu tinggi  _________________. (melangit, melambung, meninggi,  menggunung)


18. Bangunan yang ______________   langit itu mempunyai 109 tingkat. (melangit, melambung, meninggi,  menggunung)


19. ___________________  asap rokok membahayakan kesihatan. (menyedut, menghirup, menghidu, merasa)


20. Ahmad ________________  surat khabarnya di pit lengannya semasa berjalan.  (memasuk, mengepit, membaca)


0 ulasan:

back to top